Monday 12 December 2016

LATIHAN

Latihan


1.Nyatakan definasi bentuk.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan bentuk konkrit dan bentuk ilusi?

3. Meja, kerusi, kereta adalah merupakan bentuk _________.

4. Bentuk konkrit merupakan bentuk yang bersifat berapa dimensi?

5. Bentuk ilusi bersifat berapa dimensi?

6. apakah contoh bentuk ilusi?

7. Apakah ciri-ciri bentuk konkrit?

8. Apakah ciri-ciri bentuk ilusi?

9. Nyatakan 3 teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkn bentuk.


10. Adakah pokok merupakan bentuk konkrit? Nyatakan sebab.

VIDEO Pengenalan


Sunday 11 December 2016

Gambar-gambar Bentuk KONKRIT dan ILUSI

1) Bentuk KONKRIT





2) Bentuk ILUSI

          i)Teknik Lorekan




          ii) Teknik kolaj




          iii) Garisan dan Bentuk



Friday 9 December 2016

Apakah yang dimaksudkan dengan Bentuk KONKRIT dan Bentuk ILUSI?

a) Bentuk KONKRIT


  • Bentuk sebenar 3 dimensi yang dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada pelbagai sudut.
  • Bentuk KONKRIT mempunyai ciri-ciri seperti nyata dan maujud ( benar-benar wujud di hadapan mata).
  • Contoh benda-benda yang berbentuk konkrit ialah batu, kayu, meja, kerusi, kereta, dan sebagainya




b) Bentuk ILUSI


  • Bentuk yang bersifat 2 dimensi.
  • Bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-unsur seni seperti warna, garisan, dan sebagainya.
  • Bentuk objek yang dapat dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi, cetakan pada permukaan rata.
  • Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi dapat dinikmati melalui deria penglihatan sahaja.
  • Bagi menghasilkan bentuk ILUSI, penggunaan kesan cahaya dan bayang merupakan faktor terpenting.

Jenis-jenis bentuk

Terdapat 2 jenis bentuk iaitu :

1. Bentuk KONKRIT
2. Bentuk ILUSI

Apakah definisi bentuk?

Bentuk secara amnya merujuk kepada rupa dan konfigurasi bagi sesuatu objek. Bentuk mempunyasi struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan dan bersifat tiga dimensi (3D). Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan karya seni yang bersifat realistik. Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi menghasilkan bentuk seperti garisan, jalinan, rupa, ruang, dan warna. Garis luar sesuatu objek akan berubah mengikut arah pandangan mata. Bentuk mengandungi ketinggian, lebar, dan kedalaman serta mempunyai rangka yang membolehkan membentuk form atau isipadu yang tepat dan sempurna. Bentuk juga terdapat kesan cahaya dan bayangan.