Berkongsi ilmu mengenai bab Bentuk dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1
Tuesday, 13 December 2016
Monday, 12 December 2016
LATIHAN
Latihan
1.Nyatakan definasi bentuk.
2. Apakah yang dimaksudkan dengan bentuk konkrit dan
bentuk ilusi?
3. Meja, kerusi, kereta adalah merupakan bentuk _________.
4. Bentuk konkrit merupakan bentuk yang bersifat
berapa dimensi?
5. Bentuk ilusi bersifat berapa dimensi?
6. apakah contoh bentuk ilusi?
7. Apakah ciri-ciri bentuk konkrit?
8. Apakah ciri-ciri bentuk ilusi?
9. Nyatakan 3 teknik yang boleh digunakan untuk
menghasilkn bentuk.
10. Adakah pokok merupakan bentuk konkrit? Nyatakan
sebab.
Sunday, 11 December 2016
Friday, 9 December 2016
Apakah yang dimaksudkan dengan Bentuk KONKRIT dan Bentuk ILUSI?
a) Bentuk KONKRIT
b) Bentuk ILUSI
- Bentuk sebenar 3 dimensi yang dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada pelbagai sudut.
- Bentuk KONKRIT mempunyai ciri-ciri seperti nyata dan maujud ( benar-benar wujud di hadapan mata).
- Contoh benda-benda yang berbentuk konkrit ialah batu, kayu, meja, kerusi, kereta, dan sebagainya
b) Bentuk ILUSI
- Bentuk yang bersifat 2 dimensi.
- Bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-unsur seni seperti warna, garisan, dan sebagainya.
- Bentuk objek yang dapat dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi, cetakan pada permukaan rata.
- Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi dapat dinikmati melalui deria penglihatan sahaja.
- Bagi menghasilkan bentuk ILUSI, penggunaan kesan cahaya dan bayang merupakan faktor terpenting.
Jenis-jenis bentuk
Terdapat 2 jenis bentuk iaitu :
1. Bentuk KONKRIT
2. Bentuk ILUSI
1. Bentuk KONKRIT
2. Bentuk ILUSI
Apakah definisi bentuk?
Bentuk secara
amnya merujuk kepada rupa dan konfigurasi bagi sesuatu objek. Bentuk mempunyasi
struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan dan
bersifat tiga dimensi (3D). Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam
penghasilan karya seni yang bersifat realistik. Penggunaan unsur-unsur seni
yang lain dapat digunakan bagi menghasilkan bentuk seperti garisan, jalinan,
rupa, ruang, dan warna. Garis luar sesuatu objek akan berubah mengikut arah
pandangan mata. Bentuk mengandungi ketinggian, lebar, dan kedalaman serta
mempunyai rangka yang membolehkan membentuk form atau isipadu yang tepat dan
sempurna. Bentuk juga terdapat kesan cahaya dan bayangan.
Thursday, 8 December 2016
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Blog ini dibuat untuk memberi serba sedikit pengetahuan kepada para pelajar tingkatan 1 tentang bab bentuk dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual yang sedang para pelajar tingkatan 1 belajar...
Semoga blog ini dapat membantu para pelajar tingkatan 1 untuk lebih memahami apa yang mereka sedang belajar dalam bab bentuk..
Blog ini dibuat untuk memberi serba sedikit pengetahuan kepada para pelajar tingkatan 1 tentang bab bentuk dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual yang sedang para pelajar tingkatan 1 belajar...
Semoga blog ini dapat membantu para pelajar tingkatan 1 untuk lebih memahami apa yang mereka sedang belajar dalam bab bentuk..
Subscribe to:
Posts (Atom)