- Bentuk sebenar 3 dimensi yang dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada pelbagai sudut.
- Bentuk KONKRIT mempunyai ciri-ciri seperti nyata dan maujud ( benar-benar wujud di hadapan mata).
- Contoh benda-benda yang berbentuk konkrit ialah batu, kayu, meja, kerusi, kereta, dan sebagainya
b) Bentuk ILUSI
- Bentuk yang bersifat 2 dimensi.
- Bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-unsur seni seperti warna, garisan, dan sebagainya.
- Bentuk objek yang dapat dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi, cetakan pada permukaan rata.
- Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi dapat dinikmati melalui deria penglihatan sahaja.
- Bagi menghasilkan bentuk ILUSI, penggunaan kesan cahaya dan bayang merupakan faktor terpenting.